Wenger ucapkan tahniah pada RVP

Arsene Wenger memuji penyerang Arsenal Robin van Persie selepas beliau berkongsi rekod jaringan gol Liga Perdana dalam kemenangan 3-0 atas Wolves.

RVP with an audacious chipped penalty...

Van Persie telah menjaring menentang 17 pasukan yang berbeza musim ini, termasuk Wolves, dan beliau hanya gagal menjaring gol menentang Manchester City dan Fulham.

Rekod itu sama dengan rekod yang dipegang bekas penyerang Gunners Ian Wright, yang menjaringkan gol menentang semua pasukan kecuali Manchester United dan Sunderland di musim 1996-1997.

Pemain dari Belanda itu menjarinkan gol pertamanya dalam empat perlawanan, yang juga gol ke-34 beliau musim ini.  

Wenger berkata: "Ia adalah penting untuk seorang penyerang, walaupun penyerang seperti Robin van Persie yang tidak biasa tidak menjaringkan gol musim ini, untuk menjaringkan gol.     

"Beliau kini berpegang rekod itu bersama Ian Wright yang menjaringkan gol menentang 17 pasukan yang berbeza daripada Liga Perdana.

"Ia benar-benar luar biasa dalam permainan moden bola sepak untuk berbuat demikian. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada beliau kerana berjaya berbuat demikian.

"Apabila ada 19 buah pasukan dalam liga, dan penyerang anda telah menjaringkan menentang 17 pasukan, ia sungguh hebat.

"Dia boleh memecahkan rekod itu jika dia telah menjaringkan menentang Manchester City pada hujung minggu lalu."

Arsenal kini lima mata di hadapan Tottenham di tempat keempat dalam pertempuran untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan.

Wenger berkata: "Secara keseluruhan, ia adalah satu kemenangan yang hebat. Saya amat gembira untuk berada dalam kedudukan ini tetapi juga sangat berhati-hati kerana beberapa pasukan pernah berada di kedudukan ini juga sebelum ini.

"Kami mahu memenangi perlawanan kami seterusnya dan memandangkan dari mana kami adalah sebelum ini (di belakang Tottenham pada satu peringkat) ia membantu kami fokus.

"Kami telah datang daripada belakang dan berada dalam kedudukan itu membantu kami memberi tumpuan kepada perlawanan yang seterusnya."

Theo Walcott dan Yossi Benayoun merupakan penjaring-penjaring yang lain untuk Arsenal.

Wenger mengakui beliau hairan mengapa penyerang Manchester City Mario Balotelli tidak dihukum atas kasaran beliau terhadap Alex Song dalam perlawanan hujung minggu lalu, berbandingkan dengan kapten QPR Shaun Derry yang dibuang padang selepas mengasari pemain Manchester United Ashley Young.

Beliau berkata: "Saya masih tidak faham. Jika anda lihat, sebagai contoh, kes Balotelli, ya anda mendapat penjelasan dan ya, anda perlu menerimanya.

"Jika anda lihat pada kes Derry dan berfikir ya anda boleh menerimanya.

"Tetapi jika anda meletakkan kedua-dua kes itu bersama-sama, ia kelihatan sungguh di luar jangkaan bahawa satu pemain digantung dan lagi satu pemain tidak.

"Tetapi apabila pengadil telah membuat keputusan, tidak ada seorang pun yang boleh menukarkan fikirannya. Saya rasa kami perlu ada satu jawatankuasa yang luar biasa etika.

"Situasi global ini tidak masuk akal. Bagi opeminat-peminat bola sepak, ia sukar untuk memahami mengapa seseorang pemain dihukum dan seorang pemain tidak dihukum.

"Saya tidak berminat untuk mendapatkan Balotelli digantung tetapi untuk peminat-peminat bola sepak, ia sukar untuk difahami."

Wolves kini sembilan mata di belakang pasukan terbawah di luar zon penyingkiran dan pengurus Terry Connor rasa ia sukar untuk percaya Sebastien Bassong boleh dibuang padang kerana kasaran beliau atas Van Persie, yang membawa kepada sepakan penalti untuk Arsenal.  

Beliau berkata: "Anda boleh berkata dia adalah pemain terakhir. Pengadil tidak ada pilihan tetapi terpaksa mengikut undang-undang tetapi undang-undang agak kasar.

"Ia merosakkan perlawanan untuk penyokong-penyokong kerana meraka tahu mereka (Wolves) hanya mempunyai peluang yang sedikit selepas itu untuk kembali."

Berkenaan dengan nasib Wolves, Connor berkata: "Masih ada peluang dan saya telah meminta pemain-pemain saya untuk mengulangi prestasi baik itu untuk lima perlawanan akan datang."

"Jika mereka bermain dengan semangat dan keazaman seperti apa yang mereka telah lakukan, itu sahaja yang saya mahukan."



comments powered by Disqus

Berita Paling Popular

Perkembangan Lain