Razip dilantik jurulatih Harimau Muda B

Persatuan Bola Sepak Malaysia telah menawarkan kontrak selama dua tahun kepada jurulatih Kuala Lumpur FA, Razip Ismail untuk membimbing Harimau Muda B.

Harimau Muda B

Mengikut laporan Timesport, New Straits Times hari ini, Razip akan mengambil alih tugas ketua jurulatih skuad Bawah-19 tahun itu menggantikan Ismail Ibrahim yang kini bersama Fandi Ahmad menjadi jurulatih di Johor.

"Kami bercadang untuk mengumumkan Razip sebagai jurulatih Harimau Muda B esok (hari ini). Kontraknya adalah selama dua tahun dan pasukan itu besar kemungkinan akan beraksi dalam Liga Singapura tahun depan," kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad semalam kepada Timesport.

"Matlamat kami adalah untuk menamatkan Liga Singapura musim depan di tempat lima teratas tetapi mereka akan ke Turki terlebih dahulu untuk berlatih dan beraksi dalam beberapa perlawanan sebelum hujung tahun ini." katanya lagi.



comments powered by Disqus

Berita Paling Popular

Perkembangan Lain