Faiz, Zairo sertai Red Warriors

Dua pemain T-Team, Zairo Anuar dan Faiz Subri telah mengikat kontrak dengan pasukan Kelantan untuk saingan Liga musim depan.

Kelantan_Nor_Farhan

Pasukan juara treble 2012, The Red Warriors telah mengumumkan senarai penuh pasukan untuk musim depan pada malam Selasa yang turut melibatkan beberapa pemain baru.

Kelantan mengumumkan senarai 30 pemain untuk musim depan termasuk 17 pemain asal, lima pemain baru, tiga pemain import dan dua lagi masih belum diumumkan.

Selain Faiz Subri dan Zairo Anuar dari T-Team, Kelantan juga telah mendapatkan khidmat bekas pemain Perak, K.Nanthakumar bagi mengukuhkan benteng pertahanan.

Pemain muda, Izuan Salahuddin yang kembali ke Kelantan dari Harimau Muda A juga disenaraikan. Kelantan walaubagaimanapun menolak jemputan Harimau Muda untuk menyertakan Nik Shahrul Azim untuk menyertai skuad Bawah-23 itu dan mengekalkannya di Kelantan.

Senarai penuh pemain Kelantan musim depan:

1. Shahrizan Ismail
2. Azizi Matt Rose
3. K.Nanthakumar 
4. Obinna Nwaneri
5. Nik Shahrul Azim
6. Farisham Ismail
7. Zairo Anuar Zailani
8. Shakir Shaari
9. Norfarhan Muhammad
10. Izuan Salahudin 
11. Faiz Subri 
12. Zamri Ramli
13. Daudsu Jamaludin
14. Badhri Radzi (Ketua Pasukan)
15. Rizal Fahmi
16. Khairul Izuan Rosli
17. Khairul Fahmi Che Mat
18. Keita Mandjou 
19. Norhadi Ubaidillah 
20. Tuan Faim
21. Indra Putra Mahayuddin
22. Zairul Fitree
23. Aris Zaidi
24. Mijo Dadic (import)
25. Okine (import)
26. Antwi (import)



comments powered by Disqus

Berita Paling Popular

Perkembangan Lain