Wan Zack sah sertai FC Ryukyu

Wan Zack Haikal dan seorang lagi pemain Harimau Muda bakal mengikat kontrak dengan kelab Divisyen 3 Jepun, FC Ryukyu minggu ini.

Wan Zack Haikal

Oleh Aysha Ridzuan

Delegasi FC Ryukyu telah berada di Malaysia sejak hari Isnin untuk membincangkan tentang pengambilan pemain Harimau Muda dan memeterai kerjasama dengan FAM.

FAM dan Ryukyu telah mencapai persetujuan untuk perpindahan kedua-dua pemain tersebut dan kini hanya sedang menetapkan beberapa syarat sebelum pemain-pemain itu dilepaskan. Jika semuanya berjalan lancar, mereka akan mengikat kontrak dengan kelab Jepun itu minggu ini.

Difahamkan seorang lagi pemain yang ditawarkan kontrak adalah pemain tengah, Gary Steven Robbat atau Fadhli Shas.

"Kami akan menyelesaikan beberapa perkara tentang hal kontrak kedua-dua pemain ini dengan FC Ryukyu sebelum kami berangkat ke Slovakia Sabtu ini.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini kami harus lebih perihatin dengan perpindahan pemain ke luar negara kerana kami tidak mahu perkara yang terjadi kepada Nazmi Faiz berulang lagi," kata Ong Kim Swee kepada pemberita semalam.

Wan Zack yang teruja dengan tawaran itu berharap untuk mengambil peluang ini sepenuhnya bagi menimba pengalaman dan mengembangkan bakat.

"Ini satu peluang sekali seumur hidup dan yang diimpikan bagi setiap pemain. Saya harap untuk menggunakan peluang ini untuk meningkatkan tahap bola sepak saya.

"Jepun adalah terbaik di Asia dalam bola sepak dan saya harap jika saya di sana, saya boleh bantu kelab Ryukyu mencapai sasaran mereka." kata Wan Zack.



comments powered by Disqus

Berita Paling Popular

Perkembangan Lain