Red Warriors kutip tiga mata, Red Giants seri

Juara bertahan Liga Super Malaysia Kelantan merampas kemenangan dari ATM sementara Selangor hanya mampu seri dengan Felda.

ATM vs Kelantan

Dalam perlawanan petang Jumaat, Selangor tersekat 1-1 dengan Felda United tetapi masih mampu mendahului liga dengan kelebihan satu mata.

Pasukan tuan rumah membuka tirai hasil tendangan penalti Carlos Junior tetapi penyerang Harimau Malaya Amri Yahyah menyamakan kedudukan hanya tiga minit kemudian.

Pasukan Gladiators pula kehilangan tujuh pemain akibat penggantungan yang dikenakan selepas insiden pergaduhan dengan Selangor tetapi masih mampu memberi saingan sengit kepada anak buah Bojan Hodak.

ATM mendapat tendangan penalti seawal minit ketiga tetapi penjaga gol negara Khairul Fahmi Che Mat berjaya menghalang percubaan penyerang import Marlon Alex James.

Kelantan bertindak dan mendapatkan gol pembukaan hasil usaha penyerang import mereka sendiri Keita Mandjou. Farizal Harun menepis bola kepada Indra Putra dan pemain veteran Malaysia itu menyepak bola masuk dengan senang.

Pasukan pelawat menambah satu lagi gol pada minit ke 32 apabila Keita mengambil kesempatan dari kesilapan benteng pertahanan ATM.

Pasukan tuan rumah menjaringkan gol pertama mereka pada minit ke 54 apabila Marlon James menyepak masuk gol dari tendangan percuma.

ATM menjaringkan gol penyamaan 12 minit kemudian apabila Marlon menyepak masuk gol selepas Khairul Fahmi menepis keluar tandukan dari Hairuddin Omar.

Norfarhan akhirnya menjaringkan gol kemenangan dalam masa kecederaan apabila menyepak masuk bola dari sudut yang ketat untuk merampas kemenangan.



comments powered by Disqus

Berita Paling Popular

Perkembangan Lain