Kelantan tumpaskan Sarawak

The Red Warriors menang 2-1 ke atas Sarawak pada saingan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV pada Sabtu malam.

Indra Putra Mahayuddin, Kelantan

Kemenangan 5-0 ke atas SHB Da Nang dalam saingan Piala AFC pada minggu lepas ternyata menjadi satu motivasi untuk Kelantan untuk meneruskan rentak kemenangan.

Pertemuan dengan pasukan Liga Perdana, Sarawak dijangka mudah untuk Red Warriors namun Sarawak tetap memberikan saingan yang hebat kepada pasukan tuan rumah hingga ke saat akhir perlawanan.

Kelantan mendahului perlawanan seawal minit ke-7 apabila Faiz Subri melakukan jaringan cantik dari jarak jauh menewaskan penjaga gol Sarawak.

Separuh masa pertama berpihak kepada Kelantan yang lebih menguasai perlawanan dengan keputusan 2-0 selepas Khairul Izuan menyumbat gol kedua pada minit ke-28 perlawanan.

Sarawak cuba untuk bangkit pada babak kedua perlawanan dengan beberapa asakan ke gawang gol Red Warriors hingga ke minit ke-55 apabila bekas pemain Terengganu, Joseph Kalang Tie menjaringkan gol untuk skuad Sarawak.

Pada perlawanan di Stadium Darulmakmur pula menyaksikan Pahang hanya seri tanpa jaringan dengan Sime Darby.



comments powered by Disqus

Berita Paling Popular

Perkembangan Lain