Percaturan Hodak berkesan

Percaturan Bojan Hodak terbukti berkesan selepas Kelantan berjaya menewaskan SHB Da Nang 1-0 dalam saingan Piala AFC Rabu lepas.

AFC Cup: SHB Da Nang vs Kelantan

Kelantan turun tanpa kapten Badhri Radzi, Shakir Shaari, Daudsu Jamaluddin dan Keita Mandjou pada perlawanan di Vietnam itu dan telah bergantung kepada K.Nanthakumar, Zairo Anuar, Farisham Ismail dan Rizal Fahmi.

Penyerang import dari Nigeria, Dickson Nwakaeme menjaringkan gol tunggal perlawanan yang membawa Kelantan mara ke pusingan kedua Piala AFC.

Walaupun Kelantan tidak mempamerkan kekuatan sebenar, Hodak tetap berpuas hati pasukannya mendapat kemenangan.

"Saya merehatkan beberapa pemain tonggak untuk perlawanan ini dan sebab itu kami tidak menguasai perlawanan seperti yang kami harapkan tetapi pemain kami beraksi dengan baik dengan semangat yang tinggi," kata Hodak kepada Timesport.

"Da Nang beraksi dengan lebih baik. Mereka pasukan yang hebat dengan pemain yang berkualiti. Mereka mempunyai banyak peluang tetapi tidak berjaya menyempurnakannya.

"Kami hanya mempunyai dua peluang tetapi kami menjaringkan satu daripadanya dan itu yang penting."



comments powered by Disqus

Berita Paling Popular

Perkembangan Lain