Terengganu, Pahang ke separuh akhir

Terengganu menang mudah 3-0 ke atas Negeri Sembilan dengan agregat 6-1 dan berjaya mara ke separuh akhir Piala FA Malaysia.

Terengganu vs ATM

Selepas tewas 3-1 di Stadium Paroi pada perlawanan pertama suku akhir Piala FA, Negeri Sembilan dijangka akan bergelut untuk mendapatkan kemenangan di Kuala Terengganu pada perlawanan kedua pada Selasa petang.

Ternyata jurang perbezaan gol menyukarkan skuad Jang untuk bangkit dan telah bolos pada minit ke 24 perlawanan hasil jaringan Ashaari Shamsuddin.

Pasukan tuan rumah menambah derita Negeri Sembilan lagi apabila bekas pemain import Jang, Effa Owona merembat masuk gol kedua untuk Terengganu pada minit ke-61.

Negeri Sembilan gagal bangkit untuk mendapatkan sebarang jaringan dan pada minit ke-72, Owona telah dijatuhkan dalam kotak penalti. Penalti diberikan kepada skuad Penyu dan Owona berjaya menyempurnakan sepakan penalti itu yang seterusnya memberikan kemenangan 3-0 kepada Terengganu.

Sementara itu, Pahang turut berjaya mara ke pusingan separuh akhir Piala FA selepas menewaskan Sime Darby 2-0 di Stadium MP Selayang.

Selepas terikat seri tanpa jaringan di Stadium Darulmakmur pada perlawanan pertama, Pahang membuktikan mereka tidak ingin terlepas peluang dalam Piala FA apabila berjaya mengawal keseluruhan perlawanan.

Separuh masa pertama kekal tanpa jaringan namun jaringan akhirnya berjaya dicipta pada minit ke-75 perlawanan apabila pemain import baru Pahang dari Argentina, Matias Conti menyumbat masuk gol pertamanya untuk Tok Gajah.

Lima minit selepas itu, Conti menanduk masuk jaringan kedua untuk memastikan Pahang menempah tempat ke separuh akhir.



comments powered by Disqus

Berita Paling Popular

Perkembangan Lain