Darul Takzim atasi Selangor

Johor Darul Takzim menempah tempat ke separuh akhir Piala FA selepas menewaskan Selangor 4-2 dalam sepakan penalti selepas seri agregat 3-3.

Darul Takzim are through to the semi-finals

Pemain import baru, Leonel Nunez yang menggantikan tempat Daniel Guiza menjadi bintang Harimau Selatan dengan dua jaringan pada babak kedua sementara penjaga gol, Al-Hafiz juga memainkan peranan dengan menyelamatkan sepakan penalti Selangor.

Darul Takzim berharap untuk bangkit di Stadium Shah Alam setelah tewas 2-1 pada suku akhir pertama.

Selangor mendahului perlawanan pada minit ke-28 hasil jaringan cantik oleh Mahalli Jasuli.

Walaubagaimanapun, Nunez berjaya menyamakan kedudukan pada babak kedua sebelum menyamakan kedudukan agregat 3-3 pada minit ke-87 perlawanan.

Tiada jaringan berjaya dicipta kedua-dua pasukan pada masa tambahan dan perlawanan terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti dimana Darul Takzim menang 4-2 selepas Mahalli Jasuli dan Gurusamy gagal menyempurnakan sepakan penalti untuk Selangor.

Harimau Selatan akan bertemu Pahang yang menewaskan Sime Darby 2-0 pada saingan separuh akhir Piala FA bulan depan.

Foto: Md Azreen, Corner Flag



comments powered by Disqus

Berita Paling Popular

Perkembangan Lain