Kelantan tumpas kepada PKNS

PKNS berjaya mengutip tiga mata selepas menewaskan Kelantan 2-1 di Stadium Shah Alam dalam saingan Liga Super.

PKNS celebrate win against Kelantan

Keputusan itu membuatkan anak bimbingan Bojan Hodak gagal meraih tiga mata penuh untuk memperbaiki kedudukan dalam liga.

Dalam perlawanan itu, Kelantan terlebih dahulu mengatur serangan melalui sayap kiri apabila pergerakan Mohd Faiz Subri berjaya melepasi pertahanan lawan, namun hantarannya gagal disudahkan barisan hadapan.

Selepas itu, Faiz sekali lagi memainkan peranan mengucar-kacirkan benteng pertahanan, tetapi turut gagal apabila berjaya dikekang pemain tuan rumah.

Rentak permainan Kelantan selepas itu dilihat sedikit perlahan dan lebih mengamalkan corak bertahan hingga memaksa bola banyak berlegar dalam kawasan sendiri.

Bermula babak kedua, Hodak yang menyedari rentak permainan kurang menyengat mula membuat dua pertukaran dengan memasukkan Dickson Nwakame dan Mohd Farisham mengantikan Khairul Izuan serta Mohd Zamri.

Kemasukan dua pemain tersebut hanya mampu merubah corak permainan kira-kira 10 minit sebelum aksi berpuas hati dan corak bertahan dipamerkan.

Ternyata aksi tersebut membawa padah apabila tuan rumah menjaringkan dua gol melalui Roman Chmelo pada minit ke-51 dan Mohd Fauzan pada minit ke-72.

Tersentak dengan gol tersebut, Kelantan cuba melakukan serangan untuk mendapatkan gol penyamaan. Benteng tuan tuan rumah ternyata kebal untuk ditembusi.

Kelantan melakukan pertukaran ketiga dengan mengeluarkan Mohd Faiz dan memasukan Norfarhan pada minit 75 namun gagal mencipta sebarang gol .

Berbaki lima minit terakhir tuan rumah terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Patrick Ronaldinho dilayangkan kad merah kerana mengasari K Nantakumar, begitu pun peluang itu gagal digunakan sepenuhnya Kelantan untuk mendapatkan gol penyamaan. - Sinar Harian



comments powered by Disqus

Berita Paling Popular

Perkembangan Lain