LIONSXII ikat Selangor, Kelantan menang

LIONSXII terus menerajui Liga Super dengan jarak tiga mata selepas seri 0-0 dengan Selangor di Stadium Shah Alam.

Isa and Hafiz double-team the Selangor striker!

Walaupun LIONSXII menang 3-1 ke atas ATM minggu lepas, mereka dijangka akan diberi cabaran oleh Red Giants pada Sabtu malam.

Keputusan seri cukup untuk LIONSXII tetapi mereka harus berterima kasih kepada penjaga gol mereka, Izwan Mahbud yang berjaya membuat halangan penting untuk memastikan gawang mereka tidak dibolosi.

Seawal minit ke-6, Izwan pantas menghalang percubaan voli oleh Francis Forkey Doe sebelum menepis percubaan jarak jauh oleh K.Gurusamy pada minit ke-24.

Penjaga gol Selangor, Norazlan juga beraksi cemerlang apabila menghalang rembatan Hariss Harun.

Sementara itu di Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas T-Team.

Dickson Nwakaeme menjaringkan sepakan penalti pada minit ke-36 sebelum Norfarhan Muhammad menggandakan jaringan pada minit ke-65.

Penyerang import baru T-Team, Damir Ibric berjaya menjaringkan gol untuk merapatkan jurang keputusan namun kemenangan ternyata berpihak kepada Red Warriors apabila Indra Putra menyumbat gol ketiga pada masa kecederaan.



comments powered by Disqus

Berita Paling Popular

Perkembangan Lain