Bayern dan Dortmund seri sebelum pertemuan UCL

Bayern Munich dan Borussia Dortmund seri 1-1 dalam perlawanan Bundesliga di Westfalenstadion.

Let's see who can lean forward the furthest!

Mario Gomez menyamakan kedudukan selepas Kevin Grosskreutz membuka tirai sementara Robert Lewandowski pula terlepas peluang untuk menjaringkan gol kemenangan dari tendangan penalti.

Rafinha pula dibuang padang dalam perlawan yang penuh drama tetapi kedua-dua pasukan gagal mendapatkan gol kemenangan.

Pengurus Dortmund Jurgen Klopp terpaksa bermain tanpa Mario Gotze dan telah merehatkan Mats Hummels, Lukasz Pisczek, Sven Bender dan Marco Reus.

Pengurus Bayern Jupp Heynckes pula membuat beberapa perubahan kepada pasukan yang menewaskan Barcelona sebelum ini tetapi kesebelasan utama masih dibintangi Claudio Pizarro dan Gomez.

Dortmund membuka tirai pada minit ke 11 dari gerakan Nuri Sahin yang menghantar bole kepada Jakub Blaszczykowski di sayap kiri. Pemain midfield itu kemudian memberi bola kepada Grosskreutz yang menyepak bola lepas Manuel Neuer.

Walaubagaimanapun pasukan lawan menyamakan kedudukan selepas hanya 12 minit dengan tandukan Gomez dari hantaran Rafinha.

Dortmund mempunyai peluang untuk menggandakan kelebihan apabila Jerome Boateng menangani bola dalam kotak penalti.

Lewandowski menyepak bola ke sebelah kanan gawang dan Neuer menyelamatkannya dengan baik.

Rafinha kemudian dilayakan dua kad kuning dalam tiga minit dan kedua-dua pasukan bertembung seketika - Klopp juga terlibat dalam pertelingkahan dengan pengarah sukan Bayern Matthias Sammer.

Reus dimasukkan dalam perlawanan tetapi kedua-dua pasukan gagal mencipta peluang baik dan keputusan kekal hingga wisel penamat.



comments powered by Disqus

Berita Paling Popular

Perkembangan Lain