Darul Takzim atasi Tok Gajah

Johor Darul Takzim menang tipis 1-0 ke atas Pahang pada saingan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Larkin pada Sabtu malam.

Darul Takzim vs Pahang

Oleh Shahir Ayob

Pasukan Johor Darul Takzim akan berdepan dengan Pahang sekali lagi pada hari Selasa dengan satu mata lebih. Kedua pasukan Johor Darul Takzim dan Pahang telah menunjuk prestasi yang baik dengan rentak perlawanan yang agak laju.

Namun, aksi Norshahrul Idlan Talaha telah memberi pemain import mereka Leonel Nunez ruang dan beliau telah membuka tirai dengan tendangan yang amat cantik pada minit ke 20.

Pasukan Pahang juga mempunyai banyak peluang dari usaha Jasaszrin namun beliau tidak dapat menjaringkan gol apabila percubaannya telah ditahan oleh pemain pertahanan Johor Darul Takzim.

Di babak kedua, serangan pasukan Johor telah berkurang dengan pemain bintang Norshahrul Idlan Talaha tidak dapat membuat aksi solonya.

Malahan, serangan pasukan Pahang semakin meningkat apabila Matias Conti hampir menjaringkan gol dengan tandukkannya tetapi bola terkena tiang gol. Beliau cuba untuk menanduk bola sekali lagi tetapi percubaannya telah tersasar di minit ke 86.

Pada saat-saat terakhir perlawanan, Damion Stewart telah dilayang kad kuning apabila kasaran beliau dapat dilihat oleh pengadil perlawanan.

Perlawanan itu berakhir dengan pasukan Johor Darul Takzim mendapat satu mata lebih dari Pahang dan akan bersaing sekali lagi pada hari Selasa.

Di perlawanan Kelantan dan Terengganu, pemain bintang Ashaari telah menjaringkan gol pertama. Terengganu dapat mengekalkan keputusan perlawanan pada babak kedua.

Namun pada babak kedua, pasukan Kelantan mula membangkitkan serangan mereka dan telah berjaya menjaringkan empat gol pada babak kedua oleh Dickson, Indra, Obina dan Zairo.

Keputusan perlawanan separuh akhir Piala FA

Johor Darul Takzim 1-0 Pahang
Kelantan 4-1 Terengganu

 



comments powered by Disqus

Berita Paling Popular

Perkembangan Lain