Kelantan mara kepusingan akhir Piala FA

Perlawanan yang penuh dengan aksi antara Kelantan dan Terengganu berakhir dengan jaringan gol oleh Dickson yang memastikan tempat Kelantan di perlawanan akhir.

Indra Putra Mahayuddin, Kelantan

Perlawanan bermula dengan pasukan Kelantan mempunyai kelebihan. Namun prestasi Terengganu amat menakjubkan apabila serangan mereka lebih mantap dan mereka telah mencipta banyak ruang untuk menjaringkan gol.

Jaringan gol Vincent Bikana telah memberi semangat pasukannya yang telah membangkitkan serangan mereka dengan harapan untuk memastikan tempat mereka di perlawanan akhir Piala FA.

Lebih kurang 20 minit kemudian, hantaran oleh Owona telah memberi ruang kepada pemain penyerang Puaneswaran untuk menjaringkan gol kedua dengan senang dengan mendekatkan mata penuh perlawanan.

Pada babak kedua, pasukan Kelantan mempunyai banyak peluang keemasan untuk menjaringkan gol namun, mereka tidak mampu mengatasi pertahanan Terengganu yang begitu mantap pada hari ini.

Jaringan gol Effa Owona di minit ke 71 telah menyamakan mata perlawanan separuh akhir. Pasukan Terengganu semakin bersemangat untuk mengekalkan mata itu kerana mereka akan mara kepusingan akhir walaupun keputusan penuhnya seri 4-4.

Namun, pada saat-saat terakhir perlawanan, pasukan Kelantan dapat menjaringkan gol dengan tendangan percuma. Dengan itu, perlawanan akan ditambah 30 minit untuk memutuskan pemenangan perlawanan.

Dengan pemain bintang mereka, Effa Owona dilayangkan kad merah, pasukan Terengganu terpaksa meneruskan perlawanan tanpanya. Namun, harapan mereka semakin gelap apabila Manaf Mamat juga dilayangkan kad mereka setelah membuat tindakkan yang amat mengecewakan.

Walaupun hanya dengan 9 pemain, pasukan Terengganu masih mampu mengekalkan kehebatan pertahanan mereka. Namun, pada minit ke 29 di masa tambahan, Dickson telah menjaringkan gol yang memastikan Kelantan di perlawanan akhir Piala FA

 



comments powered by Disqus

Berita Paling Popular

Perkembangan Lain