Real memperkenalkan Illarremendi

Asier Illarremendi mengesahkan pemindahannya ke Real Madrid dengan menandatangani kontrak selama enam tahun selepas lulus ujian medikalnya dengan kelab itu.

Asier Illarramendi

Pemain berusia 23 tahun itu diperkenalkan pada hari Sabtu di Stadium Santiago Bernabeu selepas menandatangani kontraknya di sebelah presiden Real, Florentino Perez.

Ketibaan pemain muda itu, yang telah bantu Real Sociedad layak ke Liga Juara-Juara musim depan, adalah bukti lanjut Madrid kini mahu berikan tumpuan kepada pemain-pemain muda.

Illarremendi telah bantu pasukan Bawah-21 Sepanyol menjuarai Kejohanan Bawah-21 Eropah di Israel baru-baru ini.

Beliau adalah pemain keempat baru Real musim ini selepas ketibaan Isco dan Dani Carvajal dari Malaga dan Bayer Leverkusen dan juga Casemeiro daripada Sao Paulo.

Keempat-empat pemain itu kini akan bermain di bawah pimpinan jurulatih baru, Carlo Ancelotti yang telah berpindah daripada Paris St Germain untuk menggantikan Jose Mourinho.

Illarremendi, yang disambut oleh 4,000 penyokong Real di Stadium Bernabeu, mengakui pemindahan ke Real itu adalah satu impian yang telah menjadi kenyataan.

"Hari ini sangat istimewa bagi saya, ini adalah sebuah pasukan yang sangat hebat. Saya tidak pernah menjangkakan saya akan menyarung jersi yang lain selain jersi Real Sociedad," beliau berkata.

"Ini adalah sebuah peluang yang sangat unik bagi saya, Real adalah sebuah pasukan yang sangat hebat dan saya akan berikan yang terbaik untuk pasukan ini. Ia bukan satu keputusan yang mudah bagi saya. Saya mempunyai banyak kenanangan manis di Real Sociedad.

"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyokong saya. Saya akan sahut cabaran ini dan saya janji saya akan berikan yang terbaik untuk pasukan ini."



comments powered by Disqus

Berita Paling Popular

Perkembangan Lain