Harimau Malaya tewas kepada Shimizu S-Pulse

Harimau Malaya tewas 0-2 kepada Shimizu S-Pulse pada perlawanan persahabatan pertama pada hari Khamis.

The team applaud the fans at Shah Alam.

Skuad Malaysia kini di Jepun untuk tiga perlawanan persahabatan dengan kelab di sana dan walaupun menduduki tempat ke-11 dari 18 pasukan J-League One, Shimizu S-Pulse berjaya memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri dengan baik dan mendahului permainan 2-0.

Jaringan disempurnakan menerusi Jumpei Takaki pada minit ke-48 dan Yasuhiro Kiraoka pada minit ke-74.

Nyata nama bukan ukuran buat pasukan kelab dari liga utama Jepun itu apabila mereka berjaya berdepan skuad kendalian Datuk K Rajagobal dengan baik dan menguasai penuh perlawanan.

Harimau Malaya akan menentang Shonan Bellmare pada hari Sabtu sebelum menutup tirai aksi persahabatan di Jepun dengan menentang kelab J League 2 Tokyo Verdy pada 31 Julai.



comments powered by Disqus

Berita Paling Popular

Perkembangan Lain