Whitmarsh: Hamilton akan menyesal

Pengurus McLaren Martin Whitmarsh berpendapat bahawa Lewis Hamilton kini menyesal setelah membuat perpindahan ke Mercedes.

Formula 1 News: Lewis Hamilton, McLaren

Whitmarsh menyatakan bahawa beliau "tidak faham mengapa" Hamilton ingin meninggalkan McLaren selepas 14 tahun untuk menyerta Mercedes yang telah menang hanya satu perlumbaan dalam tiga tahun sejak pengembalian ke Formula One.

Whitmarsh amat kecewa kerana berpendapat bahawa Hamilton telah membuat keputusan setelah mengalami masalah dalam perlumbaan di Singapura.

Perlumbaan itu adalah peluang Hamilton untuk kembali memburu kejuaraan tetapi masalah gearbox di pusingan ke 23 telah menghampakan beliau.

"Tindakannya dibuat selepas keputusan yang buruk." Whitmarsh memberitahu laman rasmi F1.

"Beliau yakin dapat menang perlumbaan tetapi terpaksa menarik diri.

"Kami adalah pasukan yang lebih kuat dan kami akan mengalahkan beliau musim depan.

Sejak Hamilton mengumumkan bahawa beliau akan menyerta Mercedes dalam persetujuan tiga tahun yang bernilai £45 juta, pasukan yang berpangkalan di Brackley itu gagal mencatatkan mata.

Apabila ditanya jika Whitmarsh rasa yang Hamilton kesali keputusan beliau: "Ya, saya rasa ada beberapa detik dimana beliau rasa begitu.

"Beliau akan cuba melupakan sejarah mereka dan cuba pandang jauh.

"Beliau juga akan cuba menimbang kembali mengapa keputusan itu diambil dan menyatakan bahawa persetujuan beliau amat lumayan.

"Beliau tidak akan menyatakan bahawa keputusan itu dikesali.

Walaupun telah berkata begitu, Whitmarsh tahu yang perlumbaan terakhir di Brazil amat bermakna.

"Saya kenal beliau sejak dia berumur 11 tahun lagi dan tahu ia akan menjadi peninggalan yang penuh beremosi.

"Walauapapun kami masih menikmati hubungan yang baik."



comments powered by Disqus

Berita Paling Popular

Perkembangan Lain